HARI KOMUNITI LESTARI MATBBM 2026

blog-detail-img.jpg
  • 12 October 2026 09:05:48
  • Admin

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


JOM MERIAHKAN HARI KOMUNITI LESTARI MATBBM 2026! 

Masjid At-Taqwa Bandar Bukit Mahkota dengan sukacitanya menjemput seluruh ahli kariah dan masyarakat umum untuk hadir memeriahkan Hari Komuniti Lestari MATBBM 2026 seperti ketetapan berikut:


Tarikh : Sabtu, 24 Oktober 2026

Masa  : 9.00 pagi – 6.00 petang

Lokasi : Masjid At-Taqwa, Bandar Bukit Mahkota


 Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!


- 1. Pengumpulan Pakaian Terpakai

     -  Berlangsung pada 24–26 Oktober 2026.


- 2. Pengumpulan Barangan Elektrik Terpakai (E-Waste)


- 3. Pengumpulan Minyak Masak Terpakai


- 4. Jualan Rahmah MADANI


Marilah kita bersama-sama menyokong amalan kitar semula, mengurangkan pembaziran, menjaga kelestarian alam sekitar serta membantu meringankan kos sara hidup masyarakat.


Ayuh, manfaatkan peluang ini untuk menyumbang kepada alam sekitar dan menikmati pelbagai inisiatif komuniti yang disediakan!

Jangan lupa, ajak keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai untuk turut serta.


Anjuran Biro Ekonomi & Harta Wakaf, Biro Kebajikan & Kemasyarakatan Masjid At-Taqwa Bandar Bukit Mahkota.


SEMUA DIJEMPUT HADIR!


Terima kasih atas sokongan dan kerjasama seluruh ahli kariah serta masyarakat setempat.